Kehidupan dan pendidikan awal J. Y. Park

Park Jin-young dilahirkan di Seoul. Ayahnya adalah wartawan berita yang berpusat di Amerika Syarikat. Pada usia 9 tahun, Park Jin-young berpindah bersama ibunya ke New York berikutan perkerjaan ayahnya. Mereka tinggal di sana selama tiga tahun sebelum Park kembali ke Seoul untuk ke sekolah menengah. Dia kemudian belajar di Universiti Yonsei, selama itu dia mengeluarkan dua album pertamanya. Dia lulus dengan sarjana geologi pada tahun 1996.[5] Dia mempunyai seorang kakak perempuan.